Monday, December 27, 2010

NSK: BACK TO SCHOOL @ MYDIN!!


Pada 26/10/2010 yang lalu, Nisa Titiwangsa dengan kerjasama Nisa' Wilayah Persekutuan (Nisa WP) sekali lagi telah menganjurkan program Nisa' Small Kindness - Back To School. Tujuan program kelolaan Unit Kebajikan dan Kaunseling (UKK) Nisa' WP ini adalah untuk memberi sedikit sumbangan dan menerbitkan keceriaan kepada para pelajar terpilih untuk membeli barang keperluan persekolahan sempena hari persekolahan yang akan bermula semula tidak lama lagi. 

 Semua peserta berkumpul dan diberi penerangan sebelum upacara membeli belah dimulakan.
 
Seramai lapan orang pelajar dari pelbagai peringkat umur dari seluruh Wilayah Persekutuan (dari kawasan Lembah Pantai, Putrajaya, Titiwangsa dan Wangsa Maju) telah terpilih untuk menyertai program NSK kali ini. Terdapat dua wakil dari kawasan Titiwangsa iaitu Alia dan Syahid yang diiringi oleh ibunya. Kami berkumpul di kawasan keramat sebelum sama-sama bertolak ke Mydin Subang Jaya. Seterusnya, adik-adik ini diiringi kakitangan Mydin serta AJK Nisa' untuk memilih dan mencuba pakaian sekolah dan membeli alat tulis untuk kegunaan persekolahan mereka nanti. Telatah Syahid dari Keramat, Titiwangsa menarik perhatian yang lain kerana seronok membeli belah untuk persediaan memasuki Tahun 1 tidak lama lagi. 
 Para peserta diiringi oleh pekerja mydin ke tempat membeli belah

 Kelihatan semua sedang asyik memilih baju sekolah yang bersesuaian
 
Acara membeli-belah berakhir lebih kurang jam 1.00 petang.Setelah sesi bergambar, para peserta dan AJK mula beransur-ansur pulang.Kami mewaili Nisa' Wilayah dan peserta program NSK kali ini mengucapkan terima kasih kepada warga kerja Mydin yang memberi layanan baik kepada kami. Terima kasih daun keladi, lain kali kami datang lagi :)
Bergambar setelah selesai membeli belah. 

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif dan insya Allah akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekiranya banyak dana yang berjaya dikumpulkan, lebih ramai lagi pelajar/penerima sumbangan dari kalangan yang kurang bernasib baik akan dapat kita bantu meringankan beban mereka serba sedikit.Selain sempena musim persekolahan yag bakal menjelma, NSK juga turut mengumpul dana untuk hal-hal lain seperti musibah, hari perayaan dan sebagainya.
 
Oleh itu, kami sentiasa membuka dana untuk program NSK ini kepada masyarakat yang berminat untuk menyumbang, dari segi wang ringgit mahupun material. Jika berminat, bolehlah emel kami di nisawilayah@gmail.com ataupun berhubung dengan Ketua unit UKK kami, Cik Aisyah - 019 6968378.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1423H!!


Teen Circle Nisa' Titiwangsa #2

Assalamualaikum dan apa khabar semua...

Alhamdulillah, teen circle Nisa Titiwangsa yang kedua berjaya dijalankan. Kali ini, teen circle masih dijalankan di tempat yang sama iaitu Tasik Titiwangsa. Aktiviti yang dirancang adalah bermain badminton dan juga senamrobik.

Kehadiran juga agak memberangsangkan. Teen circle kali dihadiri oleh pelbagai lapisan generasi. Peserta termuda adalah berumur 9 tahun manakala peserta yang paling berpengalaman berumur 50 tahun. Pertemuan dimulakan dengan perkenalan ringkas dan diikuti dengan sessi "streching".

Perlawanan badminton diteruskan setelah pembahagian kumpulan diadakan. Pasangan yang mengungguli perlawanan badmintan adalah pasangan aina dan suraya. Mereka dengan slumbernya mengalahkan satu demi satu kumpulan sebelum akhirnya berjaya dikalahkan oleh oyin dan qira. Itupun mungkin kerana mereka kepenatan setelah berlawan straight 5 games.

Sayang sekali senamrobik tidak berjaya dijalankan kerana radio yang dibawa tidak mengeluarkan bunyi. Oleh sebab itu, acara diteruskan dengan aktiviti bebas, samada berjoging atau terus bermain badminton. Teen circle kali ini diakhiri dengan acara makan-makan sambil berbual-bual mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi. 

Terima kasih nisa titiwangsa ucapkan kepada yang sudi hadir untuk sessi teen circle kali ini. Diharap teen circle akan datang dapat mengumpulkan lebih ramai lagi adik-adik remaja. Plan kami seterusnya adalah bermain bowling atau bola jaring.... Nantikan!!!