Sunday, October 31, 2010

Teen Circle #1 - Completed!

Assalamualaikum dan hai semua!

Alhamdulillah Nisa' TW berjaya menganjurkan Teen Circle kami buat pertama kalinya semalam, Sabtu jam 8.30 pagi. Ehh, lupa.. sepatutnya mula jam 8.00 pagi namun kami hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Ditakdirkan hujan lebat pagi tu... walaupun dah reda dan kami nak redah jer, namun ada juga ahli yang kebasahan kerana hujan masih belum berhenti sepenuhnya -_- Tapi takpe, sebab ramai yang dah hadir kami pun mula je lah.Nak cancel tak sampai hati pula.


Teen Circle pertama ni lebih berformatkan santai2 sambil berkenalan.Maklumlah first time, ramai yang masih belum kenal sesama sendiri. Selepas ice-breaking ringkas (hehe penat juga kan nak mengulang dan mengingat nama orang? :p) , Kak Hafizzah pun conduct sharing session tentang movie/cerita apa yang diminati. Sangat seronok, ada yang cakap Magika,ada yang suka Indespicable me,ada jugak yang sebut Gossip Girl (erk, jangan diamalkan selalu tau tengok cerita ni! Takut terikut2, maklumlah bukan budaya kita :). Kesimpulannye Kak Hafizzah kata  kita kena sedar sesetengah orang buat benda yang sama (contohnya tengok movie) tapi seorang dapat dosa, seorang dapat pahala.. sebabnya hanya sebab satu: NIAT. Kalau kita berniat tengok movie untuk dapatkan pengajaran dalamnya, Insya Allah kita dapat pahala, begitu juga sebaliknya. Tapi movie tu pun perlu pilih jugak, takut pilih yang tak sesuai/keterlaluan aksinya, last2 apa2 pun tak dapat :(


Selepas tu apa lagi, kami pun makanlah! Menariknya potluck kalini disediakan oleh AJK Nisa' dan syaratnya adalah kena air tangan sendiri. So akak2 pun bertungkus lumus laa buat kan, hehe kalau tak sedap anggap je sedap tau.Eh habis licin bekas2 tu kira sedap la kan kan kan. Antara juadah yang dibawa adalah mihun goreng, keropok,sandwich,puding karamel (wahh,sedapnye) dan lain2..  Teen circle habis dalam jam 10.30pg.


OK tu je sharing tentang teen circle ni..Akak2 nak ucapkan terima kasih kepada adik2 yang datang. Ada dari Damansara, fuh jauh tu... Kepada yang lain, ramai yang tak sempat join kan. Antara aktiviti yang kami plan nak buat lepas ni adalah main boling,berkelah di air terjun, swimming, wall climbing (haa semua kena sedia dari sekarang utk tingkatkan stamina!) dan sebagainya. So, jangan lupa follow blog ni untuk mengetahui bila next Teen Circle ok!

 Bye dan jumpa lagi!

P/S : Dilla, jangan lupa share gambar ye :)

Picture khas from Dilla.... So nice!!


Sunday, October 24, 2010

Program Sinergi Keluarga Bahagia



Siapa tak kenal Penulis Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal? Alhamdulillah, kali ini Nisa'Titiwangsa bersama YPKR, YPT dan Yayasan Selangor akan menganjurkan seminar khas untuk mencari formula keluarga mithali.Jangan ketinggalan untuk sertai!

Bila?
13/11/2010

8.00am-5.00pm

Di mana?
Dewan Tingkat 16,

Menara Yayasan Selangor ,

18A Jalan Persiaran Barat,

46000 Petaling Jaya


.Anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa , Yayasan Selangor dan Nisa' Titiwangsa


Hubungi Puan Hafizzah 0133321183, Puan Samila 0192698829, Nazirah 0133183845



Wednesday, October 20, 2010

Sepetang di Taman Tasik Titiwangsa

Alhamdulillah, pada tarikh keramat 10.10.10 yang lepas, team Nisa' Wilayah dengan kerjasama Nisa' Titiwangsa telah turun beriadah sambil mengedar risalah di Taman Tasik Titiwangsa. Cuaca yang baik ditambah dengan kemeriahan keluarga membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu, ditambah kehadiran beberapa pasangan pengantin yang membuat `outdoor photoshoot' memeriahkan lagi suasana taman tasik yang terkenal di ibu kota itu.

Team kami dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk menyelusuri keseluruhan taman tasik yang besar itu. Pelbagai peristiwa menarik dan gelagat manusia dapat diperhatikan. Walaupun ada yang berdepan dengan sindiran sinis dan ada juga yang memulangkan risalah kami dengan baik, namun senyuman manis majoriti masyarakat yang sudi menerima button badge dan risalah kami menjadi pembakar semangat untuk meneruskan misi ini. Aktiviti kami berakhir sekitar jam 6.30 petang,di mana hampir kesemua button badge dan risalah berjaya diagihkan.

Akhir kata tahniah dan syabas kepada ahli Nisa' yang telah menjayakan program ini, dan sekalung penghargaan kepada masyarakat yang sudi bekerjasama dan menerima kehadiran kami di taman tersebut. Alhamdulillah kami tidak pula berdepan dengan insiden yang tidak diingini.Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kecil ini dan membuka pintu hati masyarakat untuk menghayati mesej yang disampaikan

Friday, October 1, 2010

Jamuan Raya Nisa' Titiwangsa


Dua minggu lepas raya, Nisa' Titiwangsa telah menganjurkan jamuan raya kecil-kecilan untuk meraikan bulan mulia ini. Jamuan telah diadakan bertempat di rumah Kak Oyin (Bendahari NTW) betul-betul di tengah bandaraya KL, Kg Baru. Walaupun sederhana, jamuan tetap meriah dengan kunjungan rakan-rakan dari Nisa' kawasan lain seperti Nisa' Wangsa Maju dan Nisa' Batu :) Terima kasih ye sebab datang.

Sesungguhnya jamuan sebegini bukanlah diukur dari segi kesedapan juadah atau kuih raya yang dihidangkan (walaupun rendang dan kuah lodeh Kak Oyin memang sedap! Cayalah kak! , tapi lebih penting adalah untuk mengeratkan persahabatan yang terjalin disamping dapat berkenal-kenalkan dengan sahabat2 baru. Barulah ramai yang tahu rumah kak Oyin ni ada pemandangan berlatarbelakangkan KLCC yang sangat cantik! Next time datang bawak DSLR ye kawan2...:P

Insya Allah kalau dipanjangkan umur dan kesempatan, kami akan buat jamuan besar2an pula dan ajak anda semua terutama yang berada di kawasan Titiwangsa untuk bersama kami.Tunggu ye!!